Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Perkhidmatan Jururawat dan Fisioterapi Bergerak

Soalan Lazim

 

1 ) Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh HICNursing?
Jawapan

Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh HICNursing adalah perkhidmatan professional jururawat dan fisioterapi bergerak ke rumah pesakit.

2 ) Apakah itu yang dimaksudkan dengan perkhidmatan jururawat dan fisioterapi bergerak?
Jawapan

Perkhidmatan jururawat dan fisioterapi bergerak adalah merupakan perkhidmatan kejururawatan dan fisioterapi secara professional yang mana segala prosedur rawatan dilakukan di rumah pesakit (atau mana-mana tempat yang ditetapkan pesakit) tanpa perlu pesakit bersusah payah untuk hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Para jururawat dan fisioterapi kami akan datang ke rumah pesakit mengikut jadual masa yang telah dipersetujui bersama oleh pesakit dan HICNursing.

3 ) Apakah kepakaran HICNursing?
Jawapan

Kami adalah pakar didalam menguruskan serta merawat pesakit-pesakit lumpuh (strok) dimana telah terbukti sehingga 80-85% pesakit kembali pulih. Kami juga pakar didalam merawat pesakit yang memerlukan rawatan cucian luka secara harian. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti penjagaan kanak-kanak istimewa, orang tua,terapi percakapan, jururawat dan fisioterapi peribadi

4 ) Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan HICNursing?
Jawapan
  1. Kos yang lebih murah dan berpatutan berbanding hospital swasta dan syarikat lain
  2. Menjimatkan masa, kos dan tenaga untuk berulang-alik ke hospital.
  3. Pesakit tidak perlu berpisah dengan orang yang tersayang dan ahli keluarga.
  4. Pesakit lebih cepat sembuh kerana sentiasa mendapat sokongan ahli keluarga
  5. Ahli keluarga juga berpeluang untuk turut serta dan belajar sewaktu proses rawatan dijalankan 
5 ) Kenapa perlu mengambil perkhidmatan HICNursing selepas pesakit keluar dari hospital?
Jawapan

Majoriti pesakit yang telah keluar hospital masih perlu untuk mendapatkan rawatan susulan di rumah atau di hospital kerana kebiasaannya mereka masih belum pulih sepenuhnya. Pesakit yang telah keluar hospital juga memerlukan pemantauan berterusan di rumah bagi menggelakkan penyakit mereka berulang kembali. Ini kerana menurut doktor pakar, dalam masa tiga bulan pertama selepas keluar hospital pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan dan pemerhatian secara intensif dari golongan profesional

6 ) Adakah para petugas HICNursing terlatih?
Jawapan

Ya. Semua petugas kami adalah terlatih secara professional dan mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan, mempunyai lesen amalan praktis professional yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

7 ) Berapakah kos atau bayaran bagi rawatan atau perkhidmatan HICNursing?
Jawapan

Kos untuk setiap pesakit adalah berbeza. Ianya bergantung kepada faktor-faktor seperti keadaan kesihatan pesakit, jenis pelan perawatan yang diperlukan, jarak rumah pesakit dengan pejabat HICNursing dan juga kekerapan rawatan yang diperlukan. Namun kos kami amat berpatutan dan murah berbanding hospital swasta atau pesaing-pesaing lain.

8 ) Bagaimana cara bayaran perkhidmatan HICNursing?
Jawapan

Terdapat 3 cara bayaran iaitu tunai, cek dan perbankan internet(perlu email resit/slip pembayaran).

9 ) Sejauh manakah kawasan liputan perkhidmatan HICNursing?
Jawapan

Buat masa ini HICNursing hanya beroperasi disekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur & Selangor). Kami masih didalam perancangan untuk meluaskan perkhidmatan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, masih terdapat pesakit kami yang datang dari luar Kuala Lumpur & Selangor. Mereka sanggup untuk datang ke Lembah Klang dan duduk sama ada dengan anak atau saudara mara semata-mata untuk menggambil perkhidmatan HICNursing..

10 ) Bolehkah jadual rawatan yang telah ditetapkan ditukar ke hari lain jika pesakit mempunyai temujanji di hospital atau mempunyai urusan lain?
Jawapan

Boleh. Hanya perlu memberitahu pihak pengurusan secara lisan 3 hari lebih awal untuk membolehkan kami mengatur jadual pesakit.

11 ) Adakah perkhidmatan jururawat di rumah ini termasuk di dalam perlindungan insuran kami?
Jawapan

Kebanyakan syarikat insuran memasukkan perkhidmatan jururawat di rumah di dalam pelan perlindungan insuran mereka. Namun anda perlu mendapatkan kepastian dengan pihak syarikat insuran sama ada ianya di lindungi atau tidak.

12 ) Bagaimanakah cara untuk kami mengambil perkhidmatan HICNursing?
Jawapan

Hubungi kami di talian 03-41050221 atau 03-42525221 dan kemudian pengurus kejururawatan atau pengurus fisioterapi kami akan hadir ke rumah anda untuk membuat penilaian terhadap pesakit dan menentukan jenis rawatan yang diperlukan dan memberikan anggaran kos rawatan yang perlu anda bayar bagi setiap sesi serta jumlah deposit yang perlu dibayar. Secara ringkasnya proses untuk mengambil perkhidmatan kami adalah seperti berikut: