Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Perkhidmatan Jururawat dan Fisioterapi Bergerak

Apa Yang Dikatakan Pesakit

 

Dato Shah ( Ukay Perdana)

Doktor telah membenarkan ayah keluar hospital, tetapi keadaan ayah sangat tidak mengizinkan, doktor kata ayah tidak boleh duduk terlalu lama di hospital, kerana keadaannya yang sangat lemah dan mudah untuk dijangkiti kuman-kuman lain di hospital, kami semua sangat risau dan cemas kerana kami tahu kami tidak mungkin dapat menguruskannya dengan berbagai-bagai tiub ditubuhnya, tetapi kini kami semua tidak perlu bimbang lagi, dan dapat pergi bekerja dengan tenang, kerana kami tahu jururawat yang professional dari HICNursing ada di rumah kami untuk menguruskan ayah.

 Dato  Shah ( Ukay Perdana)

Encik Yusof (Shah Alam) - menjimatkan masa dan tenaga atuk ketika rawatan

Dapat menjimatkan masa dan tenaga atuk ketika rawatan, ini kerana jururawat dan fisioterapi datang membuat rawatan di rumah kami. Dengan ini kami juga dapat melihat bagaimana atuk menjalani rawatan dan turut serta untuk belajar sekali sekali, dan ini sangat membantu proses perkembangan pesakit dengan adanya sokongan dari ahli keluarganya sendiri.

Encik Yusof (Shah Alam)

Puan Ummi (Setiawangsa)

Makcik masih ingat lagi pada mula-mula HICNursing datang, pada masa itu makcik baru kena strok 2 minggu dan hanya terlantar di atas katil, setelah menjalani fisioterapi secara intensif dari pihak HICNursing, makcik kembali pulih seperti sediakala. Suatu hari anak makcik dari Terengganu datang menjenguk, dan mereka sangat terkejut apabila makcik sendiri yang membuka pintu menyambut kedatangan mereka. Memang makcik akui fisioterapi yang dijalankan sangat berbeza dari hospital dan sangat memuaskan.

Puan Ummi (Setiawangsa)

Cikgu Diana (TTDI)

Rawatan yang disediakan lebih flaksibel, kerana ayah tidak perlu pergi ke hospital untuk menjalani rawatan. Ini dapat menjimatkan dari segi masa, kos rawatan dan yang pasti ayah lebih selasa menjalani rawatan dirumahnya sendiri.

Cikgu Diana (TTDI)

Encik Imran (Puchong)

Dahulu sebelum melakukan rawatan dengan HICNursing ayah hanya terbaring saja. Harapan saya pada waktu itu, ayah dapat duduk sahaja pun sudah memadai, tetapi selepas mendapat rawatan dengan HICNursing, satu perkembangan yang sangat memberangsangkan. Dia boleh duduk kemudian boleh berdiri dan akhirnya kembali berjalan semula. Syukur yang teramat sangat.

 Encik Imran (Puchong)

Puan Halimah (Subang)

Selepas mak mengalami strok, suara mak sudah tidak dapat di dengari lagi, dan hanya makan melalui tiup, dengan tunjuk ajar dan rawatan yang diberi oleh HICNursing, mak kembali boleh bercakap beberapa perkataan pada peringkat permulaanya. Dengan usaha yang gigih mak kembali bercakap dengan jelas dan yang amat membanggakan kami sekeluarga mak boleh makan seperti biasa, memang ianya sangat berbaloi!!

Puan  Halimah (Subang)

Encik Khalid (Cheras)

 

Sepatutnya ayah perlu menjalani sesi fisioterapi di hospital selepas keluar hospital. Tetapi ayah sering mengadu kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan, ini membuatkan ianya penat dan tidak dapat fokus sewaktu melakukan sesi rawatan. Tetapi kini kami tidak perlu risau lagi kerana fisioterapi pasti datang ke rumah seperti mana jadual yang telah ditetapkan dan ayah sangat berpuas hati dengan sesi fisioterapi yang di jalankan

 Encik Khalid (Cheras)

Cik Atikah (Titiwangsa)

 

Luka dibahagian belakang nenek sangat merisaukan kami sekeluarga dengan keadaannya yang tidak boleh bangun dan hanya terbaring. Disamping itu, masa untuk kami menghantarnya ke klinik agak sukar kerana komitmen dan jadual kerja yang padat tapi kini kami lega dengan adanya rawatan ke rumah yang disediakan oleh pihak HICNursing yang telah banyak membantu kami dari segi menjimatkan masa dan kos rawatan. Proses perkembangan lukanya dari sehari ke sehari semakin memberangsangkan dan nenek tidak mengadu sakit lagi.

Cik Atikah (Titiwangsa)