Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Liputan Akhbar

Liputan Akhbar - Jururawat lelaki terima permintaan tinggi

 

Utusan Malaysia

6hb October 2010

Oleh Rosmah Dain

Kesanggupan meneroka bidang yang berlainan daripada rakan-rakan mereka iaitu dalam bidang kejururawatan pernah ditertawakan. 

Mohd Azhar dan Mohd Firdous memberitahu, ketika mereka mahu menjadikan bidang kejururawatan sebagai kerjaya merek, ramai di kalangan rakan-rakan memandang perkara itu sebagai ‘aneh’dan lucu. 

Kata mereka, bidang itu dimonopoli oleh wanita dan bukan kerja seorang lelaki. Sekiranya mereka memasuki bidang itu juga, mereka perlu memakai ‘skirt’ sebagaimana jururawat wanita, itu antara lelucon yang menjadi mainan kata-kata rakan-rakan mereka. 

Kini ia membuktikan apa yang difikirkan oleh rakan-rakan mereka itu adalah silap kerana kerjaya ini selain bersifat murni kerana dapat membantu insan-insan yang memerlukan di samping prospek kerjaya yang cerah pada masa depan. 

Tidak ramai golongan remaja lelaki yang mahu memasuki bidang kejururawatan ini sedangkan jawatan ini sebenarnya mendapat banyak permintaan daripada golongan pesakit yang mahukan penjagaan diri mereka dilakukan oleh jururawat lelaki. 

Bidang seorang jururawat bukan terhad, sekiranya meneruskan secara lanjutan, mereka boleh bertugas sebagai pensyarah, bertugas dalam bilik pembedahan, berada di bilik kecemasan dan seterusnya berpeluang menjadi doktor, tegas Mohd Azhar. 

Tambah Mohd Firdous pula, bidang ini bukan terhad hanya untuk kerjaya, pada masa depan sebagai anak, kita dapat membantu ibu bapa atau ahli keluarga sendiri kerana kita mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan. 

Lebih menakjubkan lapangan ini boleh diperluaskan sebagai bidang perniagaan, di samping membantu insan-insan yang memerlukan, dapat juga membantu lepasan-lepasan siswazah yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini.

 ”Sekiranya kita atau sesiapa sahaja dalam keluarga itu mempunyai kemahiran dalam bidang kejururawatan dan fisioterapi, sudah pasti ahli keluarga kita terbela,” ujarnya.